• Facebook
  • Twitter
  • YouTube
  • Instagram

contact us now!!

#STAYATHOME

MENU SPECIAL KANCIL RAJA PATIN

 
_DSC1228.jpg

Ikan Patin Gulai Tempoyak 

Nikmati rasa gulai tempoyak yang sungguh sedap dan bisa membangkitkan selera makan pengujung KRP. En. Kancil yakin anda pasti tidak menyesal. Ikan patin yang lembut dan empuk bakal membuatkan anda tambah order lagi.

Pais Tempoyak Ikan Patin

Menggunakan 13 ramuan turun temurun bersama rasa ikan patin yang fresh dan tidak hanyir, En. Kancil pasti sedap layan habis! Bila dimakan dengan nasi panas memang menyelerakan.  

_DSC1226.jpg

PES

 

Jom dapatkan Pes Pahlawan Kancil Raja Patin !!!

Okay sebenarnya En Kancil dah pernah keluarkan Pes 5 sekawan. Pendek kata memang pelengkap kehidupan seharian lah. Tapi bila En Kancil perhatikan, ramai orang mengemari dan mengerami Pes Gulai Tempoyak dan Pes Pais Bakar melebihi yang lain, maka Keputusan diambil, kita focus 2 pes sahaja dulu untuk diinovasikan.  Pes Gulai Tempoyak, korang tak perlu dah nak masukkan garam cili apa semua ,semua bahan dah cukup lengkap dalam satu pes tu dan rasa nya sebiji seperti di Kancil Raja Patin. Nak buat niaga pun boleh yop.hihihi. Pes Pais Bakar ,siapa sini peminat tegar pais patin? Menu killer di kedai kami, korang boleh bakar sendiri mengikut kretiviti korang seperti ikan , ayam , sotong , udang dan banyak lagi.Alah kalau korg malas nak berbakar beria, korg letak je atas pan, gaul2, SHIAPP..!!haha kita buat dia kan..

Boleh dapatkan di shopee kita 

tekan link di bawah

pes pais

pes pais

pes dua dua

pes dua dua

pes gulai

pes gulai

TENTANG KAMI

 

KEPAKARAN KAMI

Kancil Raja Patin menyajikan kepada anda masakan Patin Gulai Tempoyak & Patin Pais Bakar Tempoyak yang sangat terkenal. Sebenarnya ramai yang tidak tahu, kepakaran kami adalah pada Patin Pais Bakar Tempoyak dimana resepi nya adalah ciptaan resepi turun temurun bersama 13 ramuan rahsia.

SEJARAH KAMI

Kancil Raja Patin telah ditubuhkan pada 2016 di Kg Bangau Tanjung Temerloh, Pahang yang kini telah berpindah ke Bukit Desa Semantan sejak Oktober 2020. Bermula secara kecil-kecilan bersama keluarga terdekat, telah mula mengembangkan sayap ke Danau Kota, Kuala Lumpur pada 2018. Meskipun masih lagi bertatih dalam dunia pematinan,haha Kancil Raja Patin telah pun menjadi bualan dan pilihan No 1 para pengemar patin dari seluruh pelusuk Malaysia.

Terdapat 2 cawangan restoran Kancil Raja Patin

iaitu Temerloh dan Danau Kota manakala ada tambahan 2 gerai di Danau Kota dan

Sri Rampai sebagai drive-thru.

Klik butang di bawah untuk maklumat lanjut.

PEMINAT KANCIL RAJA PATIN

"Saya memg peminat patin dan sy mmg peminat tegar kancil raja patin...menu pilihan saya mestilah PATIN GULAI TEMPOYAK BERHANTU👻👻👻 "

-CikPuan AIn , Batu Caves .-